Loading images...

Paris Promo

(Shoot with Canon EOS 5, 100-400 L  IS USM in year 2000)

For those who interested to shoot their pre-wedding or post post wedding in Paris, please contact me at azamneurmaya@gmail.com . 10% Discount will be given to ex customer.

To sponsor or not to sponsor?

 

Adakah jurugambar patut sponsor artis atau tidak sponsor? Pelbagai pihak memberikan reaksi mengenai hal ini dan dapat saya simpulkan reaksi terbahagi kepada dua iaitu:

a. Tak perlu sponsor. Artis perlu bayar dengan bayaran yang setimpal dengan penat lelah photographer tersebut. Jika selalu sponsor artis, next time bila artis bayar betul-betul pun orang lain anggap photographer sponsor artis tersebut. Market rosak dan nama photographer busuk.

b. Boleh sponsor kerana ini akan menaikan business company tersebut.

Bagi saya kedua-dua pun boleh pakai. Yang membezakan ialah ilmu anda dalam perniagaan itu sendiri.

Pendapat saya bagi reaksi pertama:     Ya memang benar. Jadi photographer ni penat. Kos peralatan kamera mencecah puluhan ribu, masa, komputer, software etc banyak dah keluar. Mana boleh artis datang tiba-tiba minta sponsor. Dah la artis tu dah kaya, kahwin tak payah keluar duit pulak tu sebab semua nak orang sponsor. Kalau photog tu charge RM2000 per sessi so kena la bayar rm2000. kalau photog tu charge RM5000, so bayar la RM5000. Album dapat dan gambar kasi semua ke artis tu. Settle album dan kasi semua gambar, update fb dan photog tu boleh tutup buku.

 

Pendapat saya bagi reaksi kedua:  Sponsor ni pulak ada dua jenis. Orang yang cerdik sponsor tak sama dengan orang yang tak cerdik. Jika dah sah anda yang sponsor fotografi, jadi anda seharusnya the only photog team yang boleh cover majlis tu. Orang putih panggil exclusive photographer. Mana-mana pihak yang mahukan gambar seharusnya datang kepada anda. Apa guna kalau anda sponsor tapi segala manusia yang ada boleh datang shoot. Sesiapa yang mahukan gambar artis tersebut perlu bayar kepada anda. Hanya anda yang boleh terbitkan buku mengenai perkahwinan tersebut etc.

Beza antara a dan b ialah: “Photographer a jual gambar, manakala photographer b pulak jual licensing”. Dua perkara yang berbeza.

Tanyalah diri anda sendiri, jual ayam goreng tepi jalan ke untung atau jual license franchise jual ayam goreng ke untung??

Contoh KFC amerika jual license ke KFCH Malaysia. Sebelum jual license restaurant ayam, pastikan ayam tu betul-betul sedap, baru orang datang nak kan license buka restaurant. Do you understand what i mean… ?

 

-Azam-

 

Wedding Photography Workshop – Paya Indah

 

Salamz,

Hampir dua tahun saya tidak mengadakan workshop. Samada wedding photography, asas fotografi atau art of seeing. Hal ini disebabkan komitment saya dalam eksekutif diploma dan sijil iium, magazine dan seperti biasa wedding pada hujung minggu.

Alhamdullilah terdapat satu hujung minggu sebelum menyambut ramadhan ini yang saya free dan pihak Perhilitan  dan Paya Indah sudi memberikan kerjasama, maka dapatlah saya bersama pihak pengelola iaitu Kinetik photowork menganjurkan program ini.

Anda akan bersama saya di Paya Indah Wetland Dengkil, padat selama 3 hari 2 malam.  Sediakan seberapa banyak soalan untuk bertanya  dari segala sudut dalam wedding photography dan business seperti segi teknikal, camera setting, posing, event candid, branding etc. Saya juga akan menginap bersama anda di tempat yang sama.

Semua bayaran termasuk penginapan, makan minum, nota, transport untuk mengelilingi paya indah, couple model etc. ini ialah best price yang hanya dapat pada kali ini saja.

Untuk penempahan saudara/i boleh hubungi saudara Hizam(017-3193529) atau Syamshul (019-3462777). Tempat sangat terhad.

-Azam-

 

update:

Jadual Selama 3 hari

13 April 2012 (Jumaat)

5-8PM: Pendaftaran – Fail, modul dan kunci bilik akan diberikan.

8-9PM: Makan malam

9-10.30PM:

  • Discovering you talent.
  • Basic Camera setting and control

Peserta diminta untuk membawa gambar-gambar wedding yang telah diambil. Saya akan memberikan pandangan mengenai gambar anda dan akan menunjukkan ruang-ruang yang masih yang boleh diperbaiki. Jika ada kelemahan teknikal seperti white balance, gambar shaking etc. akan diterangkan dengan jelas pada sessi ini.

 

14 April 2012 (Sabtu)

8-9AM: Makan pagi

9-12.30AM: Art of Wedding Photography – Demonstrasi dan sessi interaktif di kawasan terkawal Paya Indah.

12.30-2PM: Makan Tengahari

2-4.30PM: Photo review dan critics

4.30-5PM: Minum Petang

5-7PM: Re-shoot with a concept (commercial high key etc)

7-9PM: Makan Malam

9-11PM: How to be a successful wedding photographer – Product development, Marketing and Branding Tips + Q & A.

 

15 April 2012 (Ahad)

8-9AM: Makan pagi

9-12.30AM:

  • Pricing you work (how much you worth)
  • Do and don’t in wedding business
  • Communication skill

12.30-2PM: Makan Tengahari

2-3PM: Closing ceremony

 

Solemnization of Liana & Sunny Hendroff

This event took place on 3rd December 2011 in KLGCC. Ive posted before their glamorous wedding in Palace of Golden Horses.

 

 

My opinion bagi masalah potong harga..

Isu ini saya anggap tak relevan lansung jika anda reti business. Isu yang tenggelam timbul dan tak akan ada kesudahannya.

Ia tak ada kesudahan kerana:

  • Harga kamera semakin rendah
  • Kualiti kamera semakin baik
  • Inflasi. Ramai yang mempunyai masalah kewangan dan buat job part time as photographer kerana terpaksa
  • Hobbyist. Menjadi part time photographer hanya sekadar menjana pendapatan sampingan.
Pendek kata bidang ini modal antara yang terendah. Modal rendah bermakna business ni senang orang masuk. Senang masuk bermakna ramai orang buat. So bila ramai akan jadi banyak kepala disebabkan oleh banyak sebab orang joint business ini. Oleh yang demikian setiap perbincangan melalui internet(fb etc) akan memberikan impak jangka pendek. Sekejap ok. Then minggu depan ada mamat beli kamera dan terus potong harga dan ada mamat lain yang akan bangkitkan isu.
Perbincangan di internet ni bagi saya cam susah sket kerana yang joint the discussion kita tak kenal dia siapa. Kalau kenal pun bukan semua sempat ditulis. Lebih baik pergi tanya terus orang-orang yang dah berjaya, sibuk sampai tak terlayan segala jenis perbincangan ni. Insyaallah kamu akan dapat sesuatu yang lain dari internet hero.

 

Problem Statement: “Aku tak dapat job tu bila ada mamat lain bagi harga rendah”

 

Point 1: Market Segment

Jika ini terjadi pada anda, anda berada dalam kategori pasar malam punya photographer. Mula-mula harga biasa, dekat-dekat nak tutup, kedai yang tak laku akan bagi diskaun terhebat. Jika nak di samakan dengan fotografi, bila photog tak ada job, dia akan kasi harga yang rendah dengan pelbagai barang add on. Client dalam market segmen ini lebih mementingkan volume, bukan quality. Dia tak appreciate pun art of photography. Gambar bokeh dianggap tak sharp. Gambar split lighting dianggap gambar tak terang dan segala macam karenah yang kena layan.

Jadi jika peniaga pasar malam sesama peniaga pasar malam gaduh, ada ker owner shop lot kat Pavi yang ambil kesah? Do you undersand what im trying to say..

 

Point 2:  Quality

Quality tak boleh compromise. Starbuck owner akan pastikan the best raw material (which is coffee) yang akan digunakan. To a photographer mean the photograph itself must be high quality before it been processed in photoshop or whatever shop you have. Quality photography mean the photograph that have meaning, meaningful to people who hired you.  Photograph yang akan menjadi kenangan 40 tahun akan datang, shoot in artistic way (your style). Your style must be accepted by your market segment. Quality photography, quality end product, quality customer services etc. If you have quality in everything, you can reposition yourself/company in better segment.

 

Point 3: Branding

Apabila kita produce result/experience  yang terbaik secara konsisten ditambah dengan brand touchpoint yang menarik, ia akan menaikan jenama company anda. Lepas tu baru business anda jadi autopilot. Ia akan generate word of mouth.

Maknanya kena kerja kuat dulu dalam suatu jangkamasa.

Banyak lagi faktor yang perlu anda pelajari. Saya hanya sempat menyenaraikan beberapa faktor yang saya rasanya penting dalam jangkawaktu yang terhad. Diharap dapat membantu sedikit sebanyak bagi anda yang ingin menceburi bidang ini. Photography is photography, business is business. Kalau anda ke bank untuk minta business loan, bank akan request business plan anda untuk memastikan business anda mempunyai model yang meyakinkan disamping maklumat kewangan(Cost, ROI etc) yang lain. So first step selepas ini saya mencadangkan sesiapa yang ada problem di atas, buatlah business plan. Business plan akan bertindak sebagai peta. Bila ada peta baru tahu jalan. Jalan jauh, jalan dekat, jalan mati, round about etc.

Maaf jika anda berasakan tulisan ini begitu direct. Sebab saya diajar sebegini.

Azam

Wedding Photography trainer for Executive Certificate/Diploma in Professional Photography and New Media Canon-IIUM.

Canon-IIUM Executive Program Ads

This is the ads basically to promote hour program in Executive Certificate/Diploma in Professional Photography and New Media. I don’t think I have to say much about this. You can browse on the internet the background of the trainer itself. Detail on the academic management can be viewed here.

 

Follow this link.